Tahukah anda, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak akan diwajibkan menjelang 2020?

Kepentingan tentang perkara ini diketengahkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak serta mengurangkan statistik kemalangan maut di negara ini.

Ramai yang tertanya  bagaimana nak tahu kita beli child restrain system (CRS) atau carseat yang selamat kerana terdapat banyak carseat yang di jual di atas talian dengan harga yang sangat murah. Jadi was was untuk beli.

Terdapat beberapa label yang perlu dibaca sebelum membeli carseat :

 

 

Hati-hati dalam memilih car seat

 

 

1. Universal

 

Kedai Barang Bayi Bangi

Label universal yang terdapat pada car seat

 

Universal bermaksud sesuai dipasang dengan kebanyakkan jenis kenderaan. Manakala semi universal sesuai untuk jenama kereta yang tertentu sahaja. Biasanya ibu bapa lebih memilih universal.

 

 

2. Had berat

 

Biasanya tulis berat yang sesuai untuk bayi atau kanak kanak. Jadi sebelum beli kena tahu berapa berat anak kita.

Ada berat 0-13kg
Ada berat 9-36kg

Tapi sekarang ada yang letak ikut tinggi anak. Kerana sekiranya kepala anak melebihi tinggi CRS adalah bahaya. Jadi kena tahu berat dan tinggi anak.

 

3. No sijil

 

Ini umpama surat beranak. Setiap carseat terdapat number serial yang tersendiri. Contoh modal A serial tertentu, model B serial lain pula.

Jadi jikalau berjalan ke jualan car seat murah, tengok serial number terlebih dahulu. Mungkin pendatang haram dan tak selamat. Bukan apa kita tak tahu samada plastik dan bahan digunakan tahan hentakan ketika kemalangan atau tidak.

 

 

 

4. Menggunakan Car Seat Berlabel Keselamatan R44 & R129

 

 

Kementerian Pengangkutan baru mengumumkan yang penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak / baby car seat (CRS) bakal diwajibkan pada tahun hadapan.

Mesti ramai ibu ayah dah mula survey untuk beli car seat anak kan?

Dalam teruja nak pilih design yang berkenan, penting untuk ibu ayah tahu bahawa hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 dibenarkan digunakan di Malaysia.

Menerusi laporan oleh BERNAMA, Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Nurulhana Borhan berkata bahawa piawaian itu ditetapkan Peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNR) sebagai langkah keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ketinggian kurang 135 sentimeter.

“Selain pensijilan Peraturan UNR, setiap produk CRS akan mempunyai pelekat E-Mark berwarna jingga yang tertera maklumat seperti kategori produk mengikut berat atau tinggi dan nombor kelulusan.

“Ia juga perlu mempunyai pelekat label QR sah daripada Miros, yang merekodkan maklumat spesifikasi teknikal CRS mengikut piawaian,” kata beliau.

 

 

SEMAK LABEL DENGAN TELITI JANGAN AMBIL MUDAH

 

ibu bapa dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan CRS yang murah, kerana ada juga jenama pengeluar yang tidak lulus piawaian tetapi melekatkan label tidak sahih dijual di pasaran.

Apabila membabitkan isu keselamatan, setiap ibu bapa tidak boleh berkompromi, kerana tidak semua CRS berkualiti dijual dengan harga yang mahal, iaitu mencecah RM1,000 seunit

Sebenarnya ada CRS yang lulus piawaian dan ujian keselamatan, tetapi dijual pada harga yang rendah, seperti dari RM150 ke RM400

 

 

 

Spread the love