Setakat 12 Januari 2020, di Johor Bharu dilaporkan seramai 89 murid dari lapan daerah tersebut telah dijangkiti Influenza

 

 

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, data yang diperoleh setakat jam 1.30pm pada 12 Januari, murid di daerah Pasir Gudang paling ramai disyaki influenza iaitu seramai 32 orang diikuti Johor Bahru seramai (24), Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar ( 5), Batu Pahat ( 1) dan Pontian (1).

Data ini juga diperoleh dari skeolah melalui ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan rawatan kesihatan. Namun begitu, ke semua kes ini tidak melibatkan penutupan kelas atau sekolah tetapi pembersihan kelas perlu dilakukan dengan menggunakan cecair pencuci Dettol.

Di Selangor , menurut laporan Berita Harian bahawa JUMLAH pelajar dijangkiti wabak Influenza A dan H1N1 terus meningkat kepada 717 pelajar.

Pengarah Pendidikan Selangor, Dr Mahanom Mat Sam berkata, setakat 9 pagi tadi, Petaling Perdana mencatatkan jumlah tertinggal iaitu membabitkan 185 pelajar dari 62 sekolah, manakala Klang mempunyai 143 kes dari 51 sekolah, diikuti Petaling Utama dengan 102 kes dari 32 sekolah dan Sepang dengan 84 kes dari 17 sekolah.

Menurutnya, Gombak mencatatkan 76 kes dari 29 sekolah, manakala Hulu Langat (65 kes dari 31 sekolah), Kuala Langat (27 kes dari 11 sekolah), Hulu Selangor (18 kes dari enam sekolah), Sabak Bernam (sembilan kes dari tiga sekolah) dan Kuala Selangor (lapan kes dari enam sekolah).

 

Adakah Influenza ini boleh dijangkiti oleh orang yang sama berulang kali?

Jawapannya, boleh.

 

 

Virus influenza ini boleh dijangkiti dan merebak kepada orang yang mempunyai sejarah penyakit itu berulang kali. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Twitter rasmi @KKMPutrajaya, pihak mereka turut menjelaskan jawapan daripada persoalan itu.

Virus influenza ini disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana ia mudah untuk merebak melalui batuk dan bersin. Malah, boleh membawa maut.

Virus ini dikatakan boleh membawa maut jika jangkitan merebak ke paru-paru ekoran kesukatan untuk bernafas.

Perkara ini juga telah disahkan oleh seorang pakar perubatan iaitu Dr Zubaidi Ahmad yang menjelaskan bahawa ini kerana jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang individu menyedut udara tercemar dengan virus itu atau terkena titisan cecair dari hidung atau mulut individu yang telah dijangkiti virus influenza tersebut.

Menurutnya lagi, jangkitan virus itu juga akan merebak dengan cepat terutamanya kepada golongan berisiko contohnya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti pesakit kanser, pesakit kencing manis, warga emas berusia 65 tahun ke atas, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah serta wanita yang sedang hamil.

 

 

Spread the love