Ibu bapa harus tahu selain memilih stroller yang sesuai dengan si kecil anda, cara menggunakan stroller dengan selamat juga harus diambil berat. Ini kerana walaupun stroller itu stroller yang baik dan berjenama, penggunaan yang tidak selamat masih boleh membahayakan.

Tragedi apabila tidak menggunakan stroller bayi dengan selamat

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berumur 1 tahun telah tercampak dari stroller selepas dilanggar oleh sebuah kereta. Menurut laporan tempatan ibu bapa bayi itu sedang menolak stroller sambil menyeberangi jalan di pusat bandar Houston pada pukul 1 pagi.

Pasangan tersebut didapati tidak memeriksa lampu isyarat sebelum menyeberangi jalan. Akibat kelalaian ini, anak mereka kini dalam keadaan kritikal. Menurut pihak berkuasa, pemandu kereta terbabit tidak mabuk.

Tetapi terdapat banyak faktor lain yang memainkan peranan penting apabila menggunakan stroller bayi dengan selamat. Adakah ibu bapa selalu memasangkan tali pinggang keledar lima titik untuk si manja?

Ataupun bayi anda hanya duduk dalam stroller tanpa dipasang tali pinggang langsung?

 

Cara menggunakan stroller bayi dengan selamat

 

 

Stroller yang selamat dan praktikal bagi bayi baru lahir mereka ialah jenis yang boleh berbaring sepenuhnya. Ini kerana otot-otot leher bayi baru lahir belum cukup kuat untuk menyokong kepalanya.

Selain itu, bayi baru lahir juga belum belajar cara untuk duduk lagi.

Kebanyakkan ibu bapa baru tidak tahu bahawa stroller bayi jenis jogger biasanya tidak mempunyai ciri ini. Ibu bapa kena tunggu sehingga bayi mereka berusia 6 bulan sebelum menggunakan stroller jenis jogger.

 

Ciri-ciri keselamatan yang penting:

 

  • Brek yang berfungsi dan mudah digunakan – Stroller bayi yang baik akan mempunyai brek yang mudah digunakan dan terletak jauh dari jangkauan anak.
  • Permukaan dasar yang luas – Ini memastikan stroller itu seimbangan dan tidak mudah terbalik.
  • Hanya mempunyai satu tempat tapak kaki –  Kaki kecil anak lebih senang terperangkap jika stroller itu mempunyai lebih daripada satu tempat tapak kaki.
  • Selalu ikut peraturan lalu lintas. Semak dulu sebelum menyeberangi jalan.
  • Pastikan penjaga lain turut rajin mengikut peraturan lalu lintas. Berhati-hati semasa menggunakan stroller di luar atau berhampiran persimpangan jalan.
  • Jangan tinggalkan anak dalam stroller tanpa pengawasan. Pastikan stroller sentiasa berdekatan sepanjang masa.
  • Apabila menggunakan stroller sambil membawa kanak-kanak yang lebih besar, pegang tangan mereka. Jangan biar mereka berjalan sendirian.
  • Tolong jangan bawa stroller naik eskalator
  • Gunakan brek. Brek tu bukan hiasan semata-mata. Gunakan sebagai keselamatan tambahan.
  • Pasangkan brek ketika stroller tidak bergerak, contohnya apabila menggunakan LRT/Komuter/dsb.
  • Pastikan mainan anak dipasang dengan selamat pada stroller bayi, untuk mengurangkan risiko anak tercekik.
  • Guna dan semak tali pinggang 5 titik bayi anda. Pastikan tali pinggang dipasang dengan betul sebelum bertolak.
  • Simpan beg dan barang-barang di tempat yang betul. Jangan suka gantung banyak barang pada pemegang kerana stroller itu boleh terbalik.
  • Pastikan stroller dibuka sepenuhnya sebelum meletakkan bayi anda di dalamnya. Apabila tiba masa untuk membuka dan melipatkan stroller, pastikan anak tidak berdekatan supaya mereka tidak tercedera.
  • Jangan tinggalkan stroller anak di bawah sinar matahari untuk masa yang lama. Periksa tempat duduk dan permukaan stroller untuk memastikan ia tidak panas sebelum meletakkan bayi.
  • Semak kalau ada pengumuman stroller yang ditarik balik. Jika stroller itu diberi oleh orang lain. Semak dulu jenama atau stroller itu belum ditarik balik baru-baru ini.
Spread the love