Bukan mudah untuk memastikan si kecil tidak meragam kecik duduk di car seat bagi membolehkan ibu atau bapa memandu dengan tenang. Bagi iby yang biasa membawa anak sendirian di dalam kereta tentu sudah biasa dengan siatuasi anak kecil buat hal bila didudukkan di car seat.

Tapi memikirkan keselamatan anak lebih utama, ibu terpaksa membiarkan sahaja anak ‘berdrama’ air mata. Selalunya anak yang dah biasa dari kecil didudukkan dalam car seat ketika ibunya memandu kereta jarang mengamuk atau menangis. Bagi yang baru nak ajar anak duduk di car seat bolehlah ikut tips dikongsi oleh Cik Yons.

 

 

 

#1 PASTIKAN ANAK KENYANG

Antara sebab utama yang boleh membuatkan si kecil menangis adalah LAPAR. Terutamanya bagi yang menyusukan anak , ibu harus memastikan anak kenyang terlebih dahulu sebelum letak di car seat. Bagi anak yang sudah besar harus dipastikan sudah makan terlebih dahulu. Bila si kecil sudah kenyang, dia akan merasa selesa dan senang untuk tidur

 

 

 

#2 LATIH DARI KECIL

Perkara ini harus dititikberatkan seawal keluar dari hospital lagi. Jangan didukung atau diriba oleh ibu atau bapa di tempat duduk hadapan. Sangat berbahaya. Langkah yang lebih efektik adalah dengan letak di car seat kerana ia lebih selamat dan dapat melatih anak.

 

 

 

 

#3 PASTIKAN KESELESAAN ANAK

Ibu bapa harus memeriksa car seat anak secara teliti kerana kebanyakkan ibu bapa membeli car seat yang murah di atas talian tanpa memeriksa bahan car seat tersebut sama ada mudah panas atau kasar sehingga membuatkan anak tidak selesa.

 

 

#4 PASANG AYAT AL-QURAN ATAU LAGU KEGEMARAN

Biarpun anak masih bayi namun alunan ayat suci Al-Quran akan membuatkannya rasa tenang dan lembut hati. Ada juga kadangkala diawal perjalanan anak masih lagi meragam namun percayalah lama-kelamaan anak akan berhenti meragam dan berasa tenang.

Selain daripada ayat suci Al-Quran. Ibu bapa juga boleh memasang lagu kegemaran anak seperti contohnya lagu Baby Shark atau lagu-lagu bayi yang disukai anak-anak. Lebih menghiburkan lagi jikalau ibu bapa turut menyanyi bersama anak-anak. Sudah pasti anak akan turut terhibur.

 

 

 

Perlindungan untuk yang tersayang…

 

 

 

#5 SEDIAKAN MAINAN ATAU BARANG KESUKAAN ANAK

Ibu bapa harus menyediakan mainan atau kesukaan anak kerana dengan adanya mainan atau barang kesukaan anak akan membuatkan anak leka bermain serta gembira agar tidak menangis.

 

 

 

 

#6 LETAK CERMIN DI BELAKANG

Khas buat ibu atau bapa yang memandu keseorangan dengan anak . Apabila terdapat cermin di belakang ia lebih memudahkan ibu atau bapa untuk memeriksa apa yang anak sedang lakukan . Ibu atau bapa tidak perlu lagi menoleh ke belakang dan fokus kepada pemanduan.

 

 

 

 

 

Spread the love