Untuk memilih stroller yang sesuai dengan si kecil anda bukannya mudah. Terdapat banyak jenis baby stroller yang anda boleh dapati sekarang, dan setiap jenis stroller mempunyai design dan fungsinya yang tersendiri. Jika anda merancang untuk membeli baby stroller, anda harus tahu jenis-jenis stroller yang terdapat di pasaran terlebih dahulu supaya anda dapat membeli stroller yang sesuai dengan keperluan anda.

 

1. Full Size Stroller

 

Stroller jenis ini mempunyai tempat duduk kanak-kanak yang boleh dibaringkan, banyak padding untuk lebih keselesaan, ruang meletak barang yang besar dan pemegang yang boleh dialihkan. Tetapi, stroller jenis ini adalah berat dan agak besar, jadi, jika anda memandu kereta yang mempunyai ruang simpanan yang agak kecil, pastikan ia muat untuk dimasukkan ke dalam tempat simpanan kereta anda.

 

 

 

 

2. Lightweight Stroller
Ini adalah stroller jenis boleh dilipat seperti payung. Stroller jenis ini ringan dan mempunyai keperluan asas untuk sebuah kereta sorong. Jika anda banyak mengembara, stroller jenis ini menjadi pilihan yang baik kerana ianya ringan dan bersaiz kecil. Jika anda menaiki kapalterbang, stroller jenis ini cukup kecil untuk disimpan di tempat simpanan beg yang terletak di bahagian atas tempat duduk. Kelemahan stroller ini ialah kebiasaannya tempat duduk anak anda tidak boleh dibaringkan jika anda membeli stroller jenis ini. Jadi, jika anda membeli stroller untuk bayi atau inginkan stroller yang boleh dibaringkan, ini tidak sesuai untuk menjadi pilihan.

 

 

3. Standard Stroller

 

Juga dikenali sebagai mid size stroller, stroller jenis ini mempunyai banyak ciri full size stroller tetapi lebih ringan jika dibandingkan full size stroller (tetapi tidak ringan seperti lightweight stroller). Stroller jenis ini juga lebih senang dikendalikan dan lebih senang untuk dilipat jika dibandingkan full size stroller. Walaubagaimanapun, stroller jenis ini mempunyai tempat simpanan yang kecil jika dibandingkan dengan full size stroller (dan ini mungkin satu ciri penting jika anda banyak menggunakan kereta sorong untuk membeli-belah) dan pemegangnya juga tidak boleh dialihkan (menghadap bayi dan membelakangkan bayi) seperti kebanyakan full size stroller. Bergantung kepada model dan design stroller, ada yang boleh dibaringkan tempat duduknya dan ada juga yang tidak.

 

 

4. Multi-Child Stroller

 

Ramai di antara kita yang tahu jenis stroller ini. Kebanyakan kita memanggilnya stroller berkembar. Stroller ini di designkan untuk membawa anak lebih dari satu, contohnya pasangan kembar. Seseparuh ibu bapa juga membeli stroller jenis ini untuk membawa 2 anak yang mempunyai jarak umur yang dekat pada satu masa. Namun, kelemahan stroller ini ialah ia agak memakan ruang. Jadi, jika anda selalu ke tempat di mana lifnya kecil dan sebagainya, mungkin stroller jenis ini kurang sesuai untuk anda.

 

 

5. Active Stroller


Stroller jenis ini yang paling banyak terdapat di Malaysia adalah jenis yang dipanggil jogger. Seperti namanya, ia sebenarnya di design untuk ibu bapa yang aktif yang merancang untuk membawa anak mereka bersama ketika beriadah seperti berjoging.

 

 

 

 

 

6. Stroller Travel System

 

Stroller jenis ini adalah kombinasi kereta sorong dan car seat bayi. Kelebihan travel system ini ialah anda boleh mengeluarkan car seat bayi dari dalam kereta, meletakkannya ke kereta sorong dan terus membeli-belah tanpa perlu mengangkat dan mengejutkan bayi anda yang sedang tidur.
Spread the love